ALOR SETAR: Polis Kedah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi menyiasat insiden pergelutan yang melibatkan sekumpulan polis dan seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian di Langkawi, baru- baru ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, pada awalnya polis telah mengklasifikasikan kes di bawah kematian mengejut (SDR) selepas lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 1 Feb lalu.
"Kejadian berlaku pada 29 Jan lalu, dimana sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa tangkapan, telah berlaku pergelutan dan suspek mengalami kecederaan dibahagian kening sebelah kanan, leher sebelah kiri, telinga kanan, tangan kanan dan lutut kanan manakala seorang pegawai dan tiga anggota polis turut mengalami kecederaan kecil dibahagian badan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan telah menemui satu keratan 'straw' berisi serbuk dadah disyaki jenis heroin seberat 0.21 gram di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai suspek.
"Suspek telah dibawa ke IPD Langkawi untuk tindakan dan saingan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis morfin. Pada pukul 8 malam hari yang sama suspek ditahan, polis telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Kuah untuk mendapatkan rawatan.
"Namun, semasa di klinik suspek telah rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan ditahan di Zon Merah. Pada 1 Feb kira-kira pukul 12.40 tengah hari, pihak hospital memaklumkan suspek telah meninggal dunia," katanya.
Fisol berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokkan harinya mendapati, punca kematian akibat trauma hentakan objek tumpul di kepala.
"Ekoran kematian suspek, satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dan mengetahui punca sebenar penyebab kepada punca kematian yang berlaku. Saya juga telah mengarahkan pegawai dari Kontinjen Kedah untuk menyiasat kes ini bagi memastikan kes disiasat dengan telus.
"Sehingga kini seramai 13 saksi termasuk pegawai dan anggota terlibat telah diambil keterangan. Polis juga telah menghubungi ahli keluarga mangsa dan polis sedang menunggu laporan lengkap dari hospital," katanya.
Baru-baru ini tular di laman media sosial yang menunjukkan seorang lelaki ditahan sekumpulan polis di sebuah stesen minyak dan video itu turut memaparkan lelaki itu di hospital.
Semalam, keluarga mangsa menuntut pembelaan di atas kematian mangsa dan meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Feb 06 2024
Fisol berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokan harinya mendapati, punca kematian akibat trauma hentakan objek tumpul di kepala. - Foto fail/BERNAMA
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi
Satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dan mengetahui punca sebenar penyebab kepada punca kematian yang berlaku.
Polis sahkan video tular tangkapan ke atas suspek penjual syabu
Kejadian berlaku lebih kurang pada 12.20 tengah hari sewaktu pihak polis cuba menahan suspek.
"Saya ada bukti..." - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis
Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.
Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk'
Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan.
Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital
Semasa proses tangkapan, telah berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.
Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.
Maguire digugurkan skuad England selepas didapati bersalah
Pasukan pembelaan menuduh anggota polis melakukan kekejaman dan tidak melakukan tugas mereka dengan betul.
Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah
Kapten Manchester United itu bersama dua tertuduh lain menjalani perbicaraan di Kepulauan Syros semalam selepas terlibat dalam satu insiden pergelutan dengan pihak polis ketika bercuti di Mynokos.
Polis tahan lelaki pecut kenderaan sejauh 12 kilometer
Suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga memecut kenderaannya dari Jalan Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang sebelum memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin.
Kematian warga emas dalam bilik air tiada unsur jenayah - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mangsa tidak menemui sebarang kecederaan akibat daripada pergelutan.